Monday 11 February 2013

Do follow my new blog


hai hai hai :D yang diatas tertera gambar blog baru aku. baru dibina guna simen concrete minggu lepas. ahak ahak. awak followers blog ni silalah sila jenguk blog template designer aku eh *mohon simpati* follow pun dialu-alukan *pun boleh minta simpati* haha

dijemput ke blog ni okayyyy ^^ nah link nya


thank you atok gyu <3

Saturday 9 February 2013

Segmen : My Best K-Drama by Aziera

 

hello hello hello :D harini terserempak dengan sorang blogger ni, Aziera. Dia ajak join Segmen yang menarik perhatian aku jugakk. tapi masalahnya aku banyak sangat kot tengok K-Drama sampai taktau nak pilih mana satu. eh semua favourite tau ! haha. jadi dengan berbesar hati aku join jugak segmen ni :) korang yang nak join tu aku dah siap bagi link dekat bawah banner. tinggal klick aje :D

so, K-Drama yang menjadi pilihan aku ialahhhh *drum rolllsss*  

TO THE BEAUTIFUL YOU 

see? Choi Minho handsome kannnn? Choi Sulli comel kan ? Cerita ni tak secomplicated drama lain. Kang Tae Joon (Minho) ni sorang atlet lompat tinggi Korea. Sekolah dekat Genie High School. sekolah ni khas untuk pelajar lelaki je. so, sebab minat sangat dekat Tae-Joon. Goo Hae-Hee (Sulli) sanggup modified diri dia jadi lelaki. siap potong rambut dan ubah penampilan. kononya nak jadi lelaki supaya dapat masuk sekolah yang sama dgn Tae-Joon. mula dari rakan sebilik, Tae-Joon dan Jae-Hee hubungan dorang jadi rapat. lepas Tae-Joon tau Jae-Hee ni pompuan dia crush pulak dekat Jae-Hee. awal2 dia tak suka Jae-Hee tu :D tapi, dalam diam eun-Kyul (Lee Hyun Woo) jatuh cinta pulak dgn Jae-Hee. kisah cinta tiga segi -.- tapi, at last Jae-Hee pun mula suka dgn Tae-Joon. wuwuwuwu part romatik ni takboleh jalan. haha seriously romantic !

alaaa, taknak story panjang. rasa rindu pulak nak tengok drama ni. rindu dengan kenakalan pelajar2 Genie High School . hihi ^^. okaylah. layan sikit gambar pelakon2 drama ni :)

Tumblr_mfpv5vrknb1rufdkyo1_500_large 
babak romantik eun-Kyul & Jae-Hee

543968_539839606040939_807296035_n_large 
Tae-Joon selamatkan Jae-Hee 

Tumblr_mco2buuj8a1rj7r33o1_500_large 
the coupleeeee

Tumblr_mb2gbyentp1r48jtr_large 
ni nak skodeng lah ni

644214_313319242100011_778320149_n_large 
barisan pelakon

dah selesai segmen ni :) syarat pun semua dah beress :)
thank you :*

Friday 8 February 2013

Begitu sedih alkisahnya...

wah. tragic sekali bunyi tajuk entry kali ni kan. pasal apa nanti aku story. btw, aku nak ucap "syukur" dgn diri sendiri sebab harini tak terserempak langsung dgn lelaki skema ! okay sekarang back to original. eh? lantaklah.

sebenarnya, aku sedih sebab tak mampu lagi dah nak mencantikkan keayuan kaki aku :( memodelkan kaki aku :( since last year aku perasan kaki aku ni membesar dgn cepat. aku tak lah pulak bagi minum susu ke apa . tapi entah memang membesar mendadak.

72905_605021156180110_138239055_n_large

dan deretan-deretan heels boleh buat mood aku spoil. sebab aku sedih takboleh nak guna :( heels takyah cakap memang tak masuk. wedges lagi lah tak masuk :( sekarang aku guna kasut yang jenis entah taktau apa nama! haha :D ada pun heel tapi taklah tinggi mcm yang dekat atas tu. nanti aku guna terperasan diva retis pulak. *bahaya bahaya* nahh sebab kesedihan tak boleh guna heels ni dah melarat, aku tengok gambar aje lah. haha. takpun window shopping :3

Tumblr_m4rjwjmm9l1rx66zmo1_500_large  
this is so freakinnnnnnn -.......-


Tumblr_mhkw1fcjqy1redauao1_500_large  
nice !

New-fashion-flower-wedges-platform-sandals-34-39-250d_large  
arghhhhh sweetness . 

6851639023_4d43ed0a62_z_large  
one day maybee? 

205765_133373086827545_958201562_n_large  
fashion apa ni pun aku tak tahu. tapi cantik .

anybody with some petua mengecilkan kaki? share with me maaaaa 




Tuesday 29 January 2013

At last, I owned a Samsung Galaxy Tab

hai hai hai sepatutnya entry ni dibuat dlm minggu lepas. haha :D tapi tak berkesempatan sebab broadband alahaiii susah nak nampak -.- WiFi kampung tak boleh harap. setakat on facebook pun loading mcm nak tunggu kucing makan sayur -.- 

so, back to topic, ingat lagi tak entry yang ni? so aku pilih gambar yang kedua tu :) i already have my own Samsung Galaxy Tab2 7.0.  and with my OWN money. duit tu aku kumpul setahun. tahun 2012 aku sanggup ikat perut nak beli Tab tu tau. keluar pun window shopping semata-mata nak jimat duit. semua sebab taksub dengan produk samsung. i mean produk korea. LG pun aku minat jugak, cuma tak setaksub samsung. haha. 

btw, yang ingat mak aku bagi free phone tu ohh you are wrong, mak cuma bagi kebenaran and pinjamkan credit card. duit yang aku kumpul tu semua aku bagi dekat mak. sesen pun takda dalam tangan aku. haha aku jadi mama kedana sudah :D phone c3, thankyou dah berkhidmat selama 3 tahun kepada tuan kau yang penjahanam sampai keypad rosak. haha :D nak tengok tak ? tengoklah ada beberapa je yang aku snap :)

 dalam kotak lagi
 
 Jiyong why not? superb wallpaper ><

 cover. semua elemen favret. purple, polkadot

Tuesday 22 January 2013

Lakers Photobooth Crew !

*tengok cermin, adjust muka* okay tak? ada muka photographer tak? haha. takpelah jadi LAKERS PHOTOBOOTH CREW pun jadilah kan? haha so, photobooth ni kteorg buat waktu sukan. waktu sukan lah waktu kelab2, persatuan nak cari dana. alaa dana utk pegi lawatan. lagipun semua eksited nak pergi lawatan. last year aku tak pergi pun lawatan Kelab Fotografi, ni semua sebab baju T kelab aku hilang. mana aku letak pun aku tak tau :(

so, harini urus benda photobooth tu. walaupun lagi sebulan hari sukan tapi benda mcm ni nak kena tarik pelanggan dulu. neh kalau takda pelanggan takda hasil lah Rm 12 yang aku labur, nasib baik partner nya 3 orang include me. untung banyak lah share yang sorang tu dapat. last year jualan tak lah banyak mana dalam rm 100 lebih, sorang rm 30. memadailah sekali pergi MCD konyanggg aku lahap Big Mac! haha

perancangan semua okay, berjalan lancar tu 89% je kot? haha pelanggan takda so perjalanan bisnes tu slow sikit. tapi propss, camera semua dah ready. whoaa this time ada pertambahan Polaroid ! Wide instant :) lagi besarrr. mini punya ada, lagi comel

lepas sukan 29 Feb nanti aku usahakan update entry pasal photobooth and hari sukan btw, aku dah join Pertandingan Roket dan Parachute . whoaa ni harus tempat pertama, sebab last year naib johan roket tersangkut pulak atas pokok -.- haha

name card. this is so vintageee. Dyra's namecard is gonee. haha
mine yang belah kanan tu "Trish"

all the props, markers and flyers :)

goodluck for us ! wishin for Lakers support.


Sunday 20 January 2013

Diet is my Big Problem

why? why? why? arghhh tsktsktsk TT__TT *drama melebih-lebih* haha actually, salah-satu azam tahun baru aku ialah DIET . huh? diet? heh hampir koma aku kalau dengar perkataan Diet tu. tambah pulak tiap tahun pun azam aku diet, tapi tak pernah berjalan lacar. harap aku nak diet.*sila muntah kahak* 

memanglah awal2 korang rancang memang menjadi. the first week sekolah akay! sangat berjalan lancar. tak makan malam *whoaaa sangat bagus* waktu rehat dekat sekolah tak makan *whoaa jimat duit utk aku beli DSLR* waktu tu memang eksited tahap gaban, ingatkan boleh bertahan satu bulan. tapi, masuk minggu kedua..... nah lemme explain briefly to you about it bla bla bla *ayat physics pulak*

waktu sekolah aku makan sebungkus kue teow + fishball (2 batang satay) heh nampak tak superwoman dah nampak belang? balik rumah singgah MingMing Food Court. apa lagi pesan lah Fish Claypot Rice . can you imagine nasi claypot yang panas2 pastu telur dia masih mendidih dengan fish fillet nya yang umpphhhh. mana tak diet terus lesap habuk kuman pun takda dalam kepala hotak! haha  

makan malam mak masak *crossfinger* sangat marveles haha :D aku pun taktau apesal kalau bab makanan masakan mak ni aku memang takboleh tolak. tambah lah kalau ada ayam goreng *kehidupan tanpa ayam goreng sangat tak bermakna* but sincerely this is for you diet.

306879_10151541554319992_1364312244_n_large

sebab tulah diet aku tak jalan. ingatkan nak ekot petua kawan aku Dyra yg amalkan minum Bliss tiap malam utk digantikan dgn nasi tapi ah tunggu next next next month  lah aku try okeh ? haha
 

Friday 11 January 2013

WA TAKTAU MANA MAHU PILIH -.-

Annyeonghaseyo Chingus sehat tak? ahaha. maaflah harini terlebih ceria sebab dah jumpa pencil case yang hilang semalam. heh gomawo cikgu sara & budak yang jumpa tu gilo semalam den takleh tidor sebab ingat pasal IC yang ada dalam pencil case tu. yolah dah lah aku tak pegi sekolah tadi. tak pasal2 org ingat aku bukan warganegara. kwh kwh kwh

back to setory yang sepatutnya diluahkan. ecewah bahasa puitis. kekekekeke dah dapat kebenaran dah ! i mean kebenaran nak beli gadget baru. tapi kan kan kan. wa taktau mau beli yang mana satu. heh maklumlah dekat pasaran sekarang melambak smartphone, ipad, tablet, note. just perlukan money je untuk puaskan niat memiliki gadget tu. yeah as you know aku memang gila gadget, cuma aku masih student duit beli seluar kecik pun mak bapak bagi. lainlah anak org kaya kan.

tapi problemo sekarang aku tak tau nak pilih mana satu -.- kalau tak reti pilih acano aku nak beli kan? idea phelishhh. aku taknak ahh menyesal lepas beli *macam phone aku sekarang*

Samsung Galaxy Note I 

 
Samsung Galaxy Tab 7.0
LG Optimus VU II

semua gorjes kan? aku tak masukkan Samsung Galaxy Camera sebab gilo mahal doe gaji aku kerja supermarket 8 bulan kot. ahak ahak -.- kalau aku nak LG tu tapi Kuching ada jual ke? neh kalau samsung tu memang ahh melambak dekat lokyat ! takyah cari pun memang ada. lagipun samsung dah common sangat aku tengok. maklumlah harga down sikit semua dah gendong gadget samsung. aku je tak. kihkihkih
 

acano ni? tak de org yang nak rekemen dekat aku. mana aku nak tau baik buruk benda tu. eh yang penting aku dapat tengok MV and muka oppa2 aku  

ps : heh korang yang tak tengok lagi SBS GAYO DAEJUN pukul 9 tadi nanti petang boleh tengok lagi. channel 393. GD sangat awesome you know. kekekekeke :D